Pages

Monday, December 19, 2011

Cuti pada masa Tak Cuti

Cuti pada masa Tak Cuti? Ha? Cuti ke? Tak Cuti? Ehhh...aku pon x tau la aku paham ke tidak dengan ayat tu tapi lantak lah beliau. Nak paham ke, tanak paham ke...bak kata budak2 sekarang.. "DO I CARE??" (sila baca dengan intonasi english United Kingdom yang paling stylo dan kerek skali). Waa...rase hebat dan kacak pulak bila sebut macam tu...well, wild wild west. Aiceh...kemanakah hilangnya rasa bangga kita sebagai rakyat Malaysia apabila sering kali saja kita bangga dengan bahasa asing hinggakan kita lupa bahawa bahasa ibunda kita inilah yang menjadi identiti kita sebagai rakyat yang bersatu padu dalam sebuah rumpun yang harmoni, damai, segar, hijau, tenang, gembira, aman, dan....dan...err, dan hensem. Hihih.

Baiklah...aku tau muqaddimah dah lari topik kaw2 namun takpelah, baru muqaddimah...biasa la tu kan, kalau baca novel pun dah sampai tengah2 baru jumpa plot dan faham jalan penceritaannye.

>>KAU NAK POST APE SEBENARNYE NI BRO??

Yelah..aku faham. Aku bersalah dalam hal ini. Mari kita ke topik asal. Ha! Sebnarnya aku dah ambik cuti 2 hari (hari ni dengan esok) untuk abeskan balance annual leave yang tinggal. Kononnye bahagia gembira la sebab orang lain kerja..aku cuti...boleh pegi jalan2 sane sini... Huh! Berlagak je mula2 dengan kawan2 laen...tapi bila dah plan nak kuar lah, hape lah...sume orang pon keje ini hari. Nak kuar ngan sape? Sorang? Ape nak dibuatnye? Aje gile... Haiihhh~ Tiba2 rasa hidup ini kosong dan penuh keseorangan...tiada lagi bunga2 mekar yang penuh dengan harapan untuk meraih kebahagiaan sementara. Segalanya punah dan hancur berkecai...hati ini remuk dan diri ini terpinga-pinga mencari arah tujuan yang tak pasti...

Baiklah, novel dah tamat. Ending dia best kan? Biasa lah...tengok la siapa penulis... dah la kacak, pandai berbahasa pula. Tenkiu2...sekian. ^_____^